BICARA UNTUK REMAJA SOLEH

ADAB MAKAN

A. Adab Memulakan Makan:
1. Memastikan makanan dari sumber yang halal dan cara menyedianya juga adalah mengikut cara Islam.
2. Membasuh tangan, kerana ia kebiasaannya terdedah kepada kekotoran.
3. Niat makan kerana Allah SWT dan untuk meneruskan kehidupan dan beribadat kepadaNya
4. Hendaklah redha dengan nikmat makanan yang terhidang di hadapan.
5. Sebaik-baiknya makan secara beramai-ramai kerana Rasulullah SAW amat menggalakkannya.

B. Adab di Waktu Makan:
1. Memulakan dengan Basmalah.
2. Menggunakan tangan kanan.
3. Mengecilkan suapan.
4. Mengunyah makanan itu dan selagi belum ditelan, elakkan mengambil makanan yang lain pula.
5. Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang kerana ia amat dilarang oleh Rasulullah SAW.
6. Hendaklah mengambil makanan yang paling hampir dengan kita, kecuali jika makanan terswbut ialah buah-buahan, bolehlah dihulurkan tangan untuk mengambilnya.
7. Elakkan meniup makanan yang masih panas, sebaliknya bersabar hingga makanan itu sejuk.
8. Jika memakan kurma, elakkan meletak bijinya bercampur dengan kurma itu.
9. Elakkan mencampur makanan basi dengan makanan yang masih elok.
10.Hindari minum banyak air ketka makan kecuali tercekik.

C. Adab Ketika Minum:
1. Gunakan tangan kanan, kemudian baca Basmalah.
2. Ketika minum, jangan meneguk sekaligus.
3. Elakkan minum sambil berdiri atau berbaring kecuali dharurat.
4. Sebelum minum, perhatikan dulu dulu gelas atau bekas minuman itu.
5. Elakkan sendawa atau bernafas dalam air atau gelas sewaktu minum.
6. Sebaik-baiknya minum dengan tiga nafas dimulakan dengan basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah.

PENGUMUMAN AKTIVITI!!!

KURSUS TAJWID NISA'

KUMPULAN 1
Tarikh : Setiap Sabtu
Tempat : Surau al-Hidayah,SU1
Masa : 8.00-10.00 pagi
Pendaftaran: TELAH DITUTUP

KUMPULAN 2
Tarikh : Setiap Sabtu
Tempat : Surau al-Hidayah
Masa : 10.00-12.00 t/hari
Pendaftaran: TELAH DITUTUP

________________*******___________________

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GROUP 2 KURSUS TAJWID NISA'!!!
Kumpulan ini akan menerima sijil tahap 1 asas tajwid pada 31 Mac 2011 di Dewan Orangramai SU1 yg akan disampaikan oleh Ust. Adnan selaku tenaga pengajar.
Kumpulan ini akan meneruskan pengajian ke tahap 2 dengan guru yang sama,Insyaallah.

TEGURAN ILAHI

TSUNAMI DAN GEMPA DI SUMATERA

JAKARTA 26 Okt. – Sekurang-kurangnya 113 terbunuh, manakala kira-kira 500 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, masih hilang apabila tsunami melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat dekat Sumatera Barat, malam tadi.Lebih 150 buah rumah rosak dan kira-kira 2,000 penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi dalam kejadian itu.Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter itu berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42 malam tadi (10.42 malam waktu Malaysia) dan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau.Pegawai agensi pengurusan bencana, Ade Edward hari ini berkata, angka kematian baru mula diterima dan setakat ini, 113 mayat sudah ditemui dan kira-kira 500 orang masih hilang.Kata pegawai Jabatan Perikanan peringkat wilayah, Hardimansyah, penduduk memberitahu pengawal di pos keselamatan tempatan bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan anak-anak mereka yang dihanyut ombak.Kata Hardimansyah, di kampung Malakopa yang berdekatan, sekurang-kurangnya seorang disahkan terkorban, manakala dua lagi masih hilang.Kira-kira 80 peratus rumah di kawasan itu rosak dan bekalan makanan semakin merosot, katanya.Polis tempatan mencari mangsa yang hilang dan mendirikan pos-pos kecemasan, kata pegawai di balai polis daerah Sikakap, Ronald.Ketua unit gerakan bencana di Kementerian Kesihatan, Mudjiarto berkata, dua mayat telah ditemui dekat pulau Sipora, manakala tujuh orang lagi masih hilang.Di pulau Pagai Selatan, ombak tsunami bergerak sejauh 600 meter ke dalam kampung tepi pantai, sementara di pulau Pagai Utara, ombak mencecah paras bumbung rumah, katanya.Sebuah bot pelancong membawa antara lapan hingga 10 warga Australia terputus hubungan radio sejak gempa bumi itu berlaku, menurut kenyataan Jabatan Hal-Ehwal Luar dan Perdagangan Australia.Situasi sebenar di Mentawai tidak diketahui selepas talian telefon dipercayai terputus.Beratus-ratus pegawai bencana tidak dapat dihantar segera ke pulau-pulau terjejas di kepulauan Mentawai kerana ia mengambil masa selama 12 jam menggunakan bot untuk sampai ke kepulauan terbabit.Media tempatan turut melaporkan dua buah perahu layar berlanggar di perairan tersebut menyebabkan dua orang tercampak ke dalam laut dan operasi mencari mangsa masih dijalankan.Wilayah Acheh di Indonesia pernah dilanda gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter pada 26 Disember 2004 mencetus tsunami besar.Tsunami itu yang turut melanda 12 negara lain di sekitar Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa dengan kira-kira separuh daripadanya di Indonesia. – Reuters/APUtusan Malaysia

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN


Bulan Ramadhan adalah bulan yang istemewa dari 12 bulan setiap tahun, bulan turunnya kitab suci al-Quran, bulan yang membawa berbagai barakah dan kelebihan, bulan yang tersirat padanya berbagai hikmah dan rahsia. Ia merupakan kekasih yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang mukmin setelah berpisah selama sebelas bulan.
Rasulullah s.a.w menyambut bulan Ramadhan dengan penuh rasa terharu, ini jelas dari ucapan baginda yang bermaksud: " Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
Persediaan kita seharusnya dilakukan dengan penuh rapi kerana hendak menyambut tetamu yang bukan sebarang tetamu, tetamu yang hanya datang sekali sahaja dalam tempuh setahun. Tetamu yang datang membawa hadiah-hadiah yang sangat menarik kerana bersamanya Malam al-Qadar, keampunan dosa dan beroleh ketaqwaan. Persediaan dan persiapan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga di suatu hari nanti kita akan menjadi tetamunya pula. Berbahagialah orang yang menyambut dan melayaninya dengan penuh keimanan kerana kelak nanti puasa ini akan melayannya dengan segala keseronokan. Allah s.w.t telah menyediakan satu pintu khas di syurga untuk orang yang berpuasa. Pintu itu dikenali sebagai pintu ar-Rayyan. Hanya orang yang berpuasa sahaja diberi peluang untuk masuk ke syurga melalui pintu ini.

MARI KENALI NISA'

TENTANG NISA'

Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.
Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


LOGO DAN SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo  NISA'



Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Salam Perkenalan...


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca,

Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat kurniaan Allah kepada kita semua,. Segala puji bagi Allah atas kesempatan yang di berikan wujudlah sebuah laman web Nisa' Saujana sebagai medan perhubungan antara Nisa' dengan masyarakat sekeliling. Moga terjalin hubungan yang harmonis antara kita semua melalui media maya ini..Selamat bertemu.............