BICARA UNTUK REMAJA SOLEH

ADAB MAKAN

A. Adab Memulakan Makan:
1. Memastikan makanan dari sumber yang halal dan cara menyedianya juga adalah mengikut cara Islam.
2. Membasuh tangan, kerana ia kebiasaannya terdedah kepada kekotoran.
3. Niat makan kerana Allah SWT dan untuk meneruskan kehidupan dan beribadat kepadaNya
4. Hendaklah redha dengan nikmat makanan yang terhidang di hadapan.
5. Sebaik-baiknya makan secara beramai-ramai kerana Rasulullah SAW amat menggalakkannya.

B. Adab di Waktu Makan:
1. Memulakan dengan Basmalah.
2. Menggunakan tangan kanan.
3. Mengecilkan suapan.
4. Mengunyah makanan itu dan selagi belum ditelan, elakkan mengambil makanan yang lain pula.
5. Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang kerana ia amat dilarang oleh Rasulullah SAW.
6. Hendaklah mengambil makanan yang paling hampir dengan kita, kecuali jika makanan terswbut ialah buah-buahan, bolehlah dihulurkan tangan untuk mengambilnya.
7. Elakkan meniup makanan yang masih panas, sebaliknya bersabar hingga makanan itu sejuk.
8. Jika memakan kurma, elakkan meletak bijinya bercampur dengan kurma itu.
9. Elakkan mencampur makanan basi dengan makanan yang masih elok.
10.Hindari minum banyak air ketka makan kecuali tercekik.

C. Adab Ketika Minum:
1. Gunakan tangan kanan, kemudian baca Basmalah.
2. Ketika minum, jangan meneguk sekaligus.
3. Elakkan minum sambil berdiri atau berbaring kecuali dharurat.
4. Sebelum minum, perhatikan dulu dulu gelas atau bekas minuman itu.
5. Elakkan sendawa atau bernafas dalam air atau gelas sewaktu minum.
6. Sebaik-baiknya minum dengan tiga nafas dimulakan dengan basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment