DISKUSI BUKU:GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAHTAHNIAH MUSLIMAH! Kehadiran begitu ramai muslimah telah menjadi perangsang & pencetus semangat kepada pihak penganjur untuk meneruskan usaha kami. Peringatan naqib malam tadi betul-betul menyentuh nurani kami...Betapa perjuangan menegakkan agama Allah swt banyak rintangannya, onak dan duri yang sudah semestinya adalah laluan hidup seorang yang ingin bergelar pejuang agama Allah swt...dan ramai di sepanjang perjalanan itu tercicir, rebah malah ada yang gugur sebelum berjuang..Sahabiah sekelian, ana menyeru diri ana dan sahabat sekelian agar jangan jemu, jangan berputus asa, cubalah mencari cara-cara untuk mengatasi alasan yang didatangkan oleh nafsu jahat yang sentiasa mencari ruang dan peluang agar kita leka daripada menunaikan tanggungjawab sebenar kita sebagai khalifah Allah swt. Amanah ini akan kita jawab di hadapan Allah swt, di mahkamah pengadilan Allah swt nanti.
Walau bagaimanapun sibuknya kita dalam mengurus suami dan anak-anak, namun dengan keadaan (waqi') pada hari ini amat menuntut sumbangan muslimah dalam membantu membetulkan ketempangan yang berlaku di dalam masyarakat sekeliling dan kepimpinan amnya.Muslimah perlu mula mengorak langkah menyusun masa, strategi agar sentiasa ada ruang dan peluang untuk berdakwah secara langsung atau tidak langsung. Janganlah sekadar menjadi pemerhati & pengkritik, tetapi marilah bersama-sama NISA' membetulkan keadaan & menyampaikan mesej Islam sama ada dakwah billisan, bil kitabah atau bil hal..Mari sama-sama hayati dan renungi nasihat ini..
“Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu.
Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.
Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah.
Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim” -saifulislam.comSahabiah sekelian, walaupun Saiditina Khadijah r.a seorang mujahidah, sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Rasulullah saw, sanggup apa saja harta benda miliknya dikorbankan untuk Islam sekalipun tulang belulangnya turut dijadikan taruhan sekiranya itu dapat membantu perjuangan Rasulullah saw menyebarkan Islam. Namun jangan lupa ketika itu Saidatina Khadijah mempunyai 7 cahayamata dan tidak pernah dimadukan dengan mana-mana isteri Baginda kerana 3 tahun selepas kewafatan Saidatina Khadijah barulah Rasulullah saw mengahwini seorang janda yang sudah lanjut usianya. Ini membuktikan walaupun Saidatina Khadijah sibuk dengan tanggungjawab pengurusan rumahtangga tetapi tidak mengabaikan kewajipan berdakwah biarpun suaminya seorang yang memikul amanah yang sangat besar berbanding dengan suami kita.Jelas bukan?Kaum hawa sebenarnya mempunyai potensi tenaga, idea yang hebat tetapi bakat itu tidak pernah diserlahkan dan dimanfaatkan.Tepuk dada, tanya iman...
Sekadar itu coretan ana untuk dikongsi bersama. Semoga dapat mengingatkan diri ana dan diri sahabiah sekelian.
0 comments:
Post a Comment