Bulan Ramadhan adalah bulan yang istemewa dari 12 bulan setiap tahun, bulan turunnya kitab suci al-Quran, bulan yang membawa berbagai barakah dan kelebihan, bulan yang tersirat padanya berbagai hikmah dan rahsia. Ia merupakan kekasih yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang mukmin setelah berpisah selama sebelas bulan.
Rasulullah s.a.w menyambut bulan Ramadhan dengan penuh rasa terharu, ini jelas dari ucapan baginda yang bermaksud: " Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
Persediaan kita seharusnya dilakukan dengan penuh rapi kerana hendak menyambut tetamu yang bukan sebarang tetamu, tetamu yang hanya datang sekali sahaja dalam tempuh setahun. Tetamu yang datang membawa hadiah-hadiah yang sangat menarik kerana bersamanya Malam al-Qadar, keampunan dosa dan beroleh ketaqwaan. Persediaan dan persiapan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga di suatu hari nanti kita akan menjadi tetamunya pula. Berbahagialah orang yang menyambut dan melayaninya dengan penuh keimanan kerana kelak nanti puasa ini akan melayannya dengan segala keseronokan. Allah s.w.t telah menyediakan satu pintu khas di syurga untuk orang yang berpuasa. Pintu itu dikenali sebagai pintu ar-Rayyan. Hanya orang yang berpuasa sahaja diberi peluang untuk masuk ke syurga melalui pintu ini.