PERTANDINGAN SEPANDUK SIBER SEMPENA MAULIDUR RASUL




Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW kerana hasil pengorbanannya, hari ini kita berpegang dengan tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah, menyembah Tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT.

Bagi sepanjang Rabi'ul Awal ini, Nisa' Saujana Utama menganjurkan pertandingan sepanduk siber (menggunakan kemahiran IT) untuk adik-adik remaja Islam (lelaki/perempuan).
Syarat pertandingan:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Umur antara 15-19 tahun.
3. Tinggal di Saujana Utama, Sg. Buloh.
4. Tema sepanduk anda ialah 'HIJRAH MENTRANSFORMASI UMMAH'
5. Bahan yang telah siap boleh diemailkan kepada nisasaujana@ymail.com
6. Sila nyatakan nama penuh,umur, alamat lengkap dan nombor telefon anda.
7. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Mac 2011M bersamaan 30 Rabi'ul Awal 1432H.
8. Keputusan akan diumumkan dalam blog nisasaujana pada bulan Mac 2011M.
9. Panel penilai berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan keputusan hakim adalah muktamad.
10.Hadiah menarik untuk tempat pertama, kedua & ketiga serta 3 hadiah saguhati sedang menanti anda!!!Jangan lepaskan peluang ini!!!

0 comments:

Post a Comment